Showing posts with label etiqa. Show all posts
Showing posts with label etiqa. Show all posts

Monday, May 25, 2009

Kelas Mencari Prospek

Minggu lalu,ada kelas mencari prospek di eTiQa Subang Jaya.kelas ini telah dikendalikan oleh En Syahrin.

Macam2 maklumat yang diberikan antaranya kat mana nak dapatkan maklumat tentang prospek :

1.surat khabar
2.melalui exhibition yang dianjurkan
3.kenalan
4.iklan2 yang dipaparkan
5.melalui kenalan alam maya cth: facebook,friendster,twiter dan juga forum

Melalui kelas ini,wakil dapat tahu di mana untuk mencari prospek.harap kelas ini akan setiasa diadakan untuk wakil sentiasa mengemaskini tentang idea2 yg baru.

Friday, December 12, 2008

eTiQa Takaful....

Anda tentu ingin tahu apa yang membezakan Takaful dengan syarikat insurans konvensional. Dua ciri utama yang membezakannya daripada syarikat insuran biasa ialah :-

Takaful dikendalikan atas asas perkongsian untung (al-mudharabah) menurut hukum Islam. Anda sebagai pemegang polisi (sahibul mal) membayar premium untuk dijadikan modal pelaburan. Pendapatan pelaburan ini digunakan untuk memenuhi tuntutan dan kos pengendalian. Bakinya akan dikongsi antara anda dan syarikat (al-mudharabah).

Caruman anda dilaburkan dalam saham dan bon pasaran yang selaras dengan syariah.
Kontrak takaful menyatakan bagaimana caruman anda digunakan. Ia menetapkan bahagian caruman sebagai tabarru’ dimana tuntutan perlu dipenuhi. Kontrak juga menyatakan bagaimana keuntungan pelaburan akan dikongsi oleh anda dan syarikat.

Premium bergantung kepada umur pemegang polisi. Lebih tua seseorang itu, lebih tinggi premiumnya. Ini kerana kemungkinan seseorang itu meninggal dunia seiring dengan peningkatan usianya.

Jika anda ditakdir meninggal dunia (mintak dijauhkan), tanggungan anda akan mendapat kesemua caruman daripada akaun pelaburan yang telah dibayar termasuklah keuntungan yang telah dikreditkan ke dalam akaun.

Jika anda sihat wal’afiat apabila polisi telah matang..alhamdulillah, anda akan mendapat kesemua caruman yang telah dibuat di dalam akaun pelaburan termasuk keuntungan.
Kontrak tambahan dalam bentuk elaun hospital, kemalangan dan kecacatan kekal boleh juga dimasukkan kedalam pelan perlindungan anda jika mahu. Kontrak ini disebut sebagai ‘ rider ‘.

Ejen Takaful anda,
M.Dzulfakar